Kepada perempuan itu
Beritahu pada perempuan itu,
Betapa aku membencinya
Kehadirannya membuatku derita
Aku kehilangan segalanya...
Semuanya kerana dia..!
Beritahu pada perempuan itu,
Hadirnya tak pernah ku undang
Perginya kualu-alukan
Kerana aku tak bisa lagi tanggung derita
Yang dihadiahkan olehnya...
Beritahu pada perempuan itu,
Diam tidak bererti kalah
Diam juga tak semestinya lemah
Namun menunggu masa kerana ku yakin
Tuhan maha berkuasa... membantu insannya
Yang teraniaya...
Beritahu pada perempuan itu,
Kebahagiaannya milik aku... !
Kegembiraannya sekarang atas air mataku dan keluargaku... !
Kembalikan semula hakku..!
Agar aku bisa tersenyum kembali dalam
Mengharungi hari-hariku...
Namun, walaupun diberitahu,
Perempuan itu tidak akan mengerti
Penderitaan yang ku alami
Kerana dia tidak punya hati...
No comments:
Post a Comment