Daisypath Wedding tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Maternity tickers


Monday, June 18, 2012

Satay

Dah beberapa hari kitorg laki bini duk sibuk kata nak makan satay, tapi tak terbuat2, sampai ada satu hari tue pegi supermarket ada jual pulak ayam dah siap cucuk2 lidi.. apa lagi beli la terus si isteri, smp je rumah tak nyempat lagi dah nak marinate.. Pulak makan waktu malam, dengan angin2 sepoi bahasa.. Nasi impit + Kuah Kacang.. Sambil tgk Portugal VS Netherland & Germany VS Denmark.. yg si isteri sibuk dgn Portugal, sang suami dgn Germany.. nasib baik channel TRT nie kejap2 tukar2 game, pastu letak screen kecik kat bawah.. 

so here goes the recipe.. 









1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam



Cara buat satay 


1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri 
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi impit




 XOXO,

No comments: