Hari yang di tunggu2 telah tiba.. memang tak sabar rasanya bila tiba hari yg di tunggu2.. Pagi2 lagi Princess dah kejutkan aku... "meow meow meowww" sambil jilat2 muka aku, dia seperti mengerti apa yang aku rasakan.. tapi muka Princess pula sedih, ye.. berulang kali aku bagitau dia, aku akan pulang ke Malaysia hampir sebulan.. memang kalau di kenangkan Princess, tak balik Malaysia la aku...
sesampai saja di Istanbul, ye.. aku menangis kerana membayangkan Princess keseorangan. tapi aku kene kuat, sebab ada Erol, aku upah untuk menjaga Princess
Sesampai saja aku di Malaysia, pukul 6.30pagi keesokkan harinya, hati aku membuak2, sebab aku tau, hanya dia sorg saja yang akan menjemput ku.. kerana itu permintaan ku...aku seolah2 macam tiada hari esok, sebab hati terlampau rindu, sehinggakan mengeluh menunggu bagasi aku. Semuanya seolah2 lambat sedangkan aku telah pun sampai di KLIA.
Keluar sahaja dari ruangan Arrival, mata aku melilau, mencari.. ramai sungguh orang walaupun masih pagi.. Sehingga aku melihat di sudut tepi hujung, aku memang kenal kelibat itu.. senyum gembira.. ya, hari itu merupakan hari jadi si dia... aku pulang sebagai hadiah paling bermakna bagi si dia....
Benda pertama aku request!! ROTI CANAI! hehehehehe.. rindu..... breakfast dulu baru balik rumah....
Sesampai sahaja rumah, ibu menjemput kepulangan ku.. ya Allah, rindunya aku pada ibuku.. terus aku membongkar bag2 aku dan menunjukkan segala apa yg aku beli..
tiada lebih indah dari berada di sisi orang tersayang....
Seronok bila Fluffy mengikut kemana saja aku pergi, aku paham, aku juga sgt merindui fluffy.. Snowy seperti biasa, ibu saja.. Pergi jumpa Salem, salem pun seperti fluffy..
Pada malam hari, aku juga tidak tahu apa-apa, ibu telah membeli cake untuk hasan... walaupun hari tersebut adalah hari jadi hasan, tapi aku yang gembira.. terima kasih ibu...
Happy 30th birthday sayang :)
XOXO,